Blogger Templates
Click here for more graphics and gifs!

Sabtu, 7 Januari 2012

Cerpen : HANYA KAU YANG KU CINTA..

HANYA KAU YANG KU CINTA..
Angin yang bertiup menerpa muka Afiqa Ilyana yang dari tadinya duduk di tepi tingkap tetapi sedikit pun tidak membuatkan Afiqa Ilyana berganjak dari tempat duduknya itu.Entah apala yang di lamunkan oleh gadis yang berusia 22 tahun ini.

“Fiqa,jom kita keluar makan kat kedai depan tu nak?? “ suara Alya Umairah menerpa ke gegendang telinga Afiqa sehinggakan lamunannya melayang entah ke mana bersama-sama angin yang bertiup itu.
“Erm ye la.. Aku tukar baju jap” dia berjalan masuk ke bilik meninggal kawannya itu.
“Adik nak makan apa??.
“ Erm bagi saya mi goreng basah dan milo ais satu” jawab Lia. “Eh Fiqa kau tak nak oder ke? Kau nak makan apa?”
“Bagi saya carrot susu satu ya” jawab Fiqa dengan nada yang agak lemah.

Keadaan di kedai makan itu sangat sunyi,mungkin kerana pada malam itu pelanggannya tidak ramai. Tidak lama kemudian,makanan yang dipesan pun sampai.

“Fiqa,kenapa dengan kau ni. Aku tengok dari tadi kau hanya diam saja.kau ada masalah ke?”Lia bertanya sambil menyuapkan mi gorengnya itu ke dalam mulut.
Fiqa masih lagi diam tidak bercakap. Pertanyaan sahabat baiknya itu dibiarkan begitu saja.
“Fiqa, aku tanya ni.kenapa kau diam saja?.. Telinga kau tertinggal di rumah ya?.. Mari sini aku mau rasa ada ke tidak telinga kau” (sambil merasa-rasa di bahagian kepala Fiqa yang bertudung itu).
“Ish kau ni,jangan la buat macam tu nanti ramai orang yang pandang tau. Bukan hanya kita berdua sahaja di kedai ni”. Akhirnya Afiqa bersuara jua.
” Eh , ada rupanya suara kau,aku ingat kau tertelan emas ke apa sampaikan jadi bisu” Lia berkata sambil ketawa.
Afiqa hanya tersenyum mendengar kata-kata kawannya itu.
******************************

“Doktor , macam mana keadaan mama saya?” Amar Idham bertanya dengan cemas.
“Keadaan mama encik stabil,cuma dia perlukan rehat yang cukup” doktor memegang bahu Amar.
Amar hanya mengangguk.

Amar masuk ke bilik mamanya. Seharian Amar duduk di Hospital Pulau Pinang untuk menemani mamanya. 5 jam kemudian mamanya pun sedar.
“ Am..Am “ sambil menggosok kepala anaknya yang telah pun tertido di sisinya.
Amar tersedar dari lenanya. “ ye mama. Mama nak air? “ Amar memberikan air kepada mamanya.
“Bila Am balik Penang?” .
“Semalam ma,lepas papa call bagitahu yang mama excident Am terus balik sini”.
“Mama tak teruk pun sayang, Am jangan cuti lama – lama ya. Mama tak mahu Am tinggalkan kuliah. Mama tak nak Am ketinggalan nanti”.
“Ye ma. Nanti mama dah sihat Am balik la kampes. Ma ,Fiqa kirim salam dekat mama.
“Ow,waalaikumussalam. Am dengan Fiqa macam mana? Jangan selalu gaduh ye. Am jaga Fiqa tu baik – baik”. Sambil memegang tangan anak tunggalnya itu.
“ Mama jangan la risau, Am kan sayangkan Fiqa. Mestilah Am jaga Fiqa tu elok – elok”. Amar senyum kepada mamanya.
Datin Idawaty membalas senyuman anaknya itu.

Selepas 3 hari di hospital, Datin Idawaty dibenarkan pulang ke rumahnya. Amar Idham menjaga mamanya dengan penuh kasih sayang sehinggalah mamanya sembuh dari sakit.
“Tuk...tuk...tuk...” Am mengetuk puntu bilik mamanya.
“Assalamualaikum ma” salam diberi sebaik sahaja pintu bilik mamanya dibuka.
“Waalaikumussalam..Am, boleh tolong pimpin mama turun ke bawah.. Mama bosan la asyik duduk dalam bilik ni saja”
Amar Idham hanya mengangguk. Dia memimpin mamanya turun ke halaman di luar rumah mereka. Di situ juga terdapat Dato Amri Hisyam iaitu papa Amar yang sedang membaca surat khabar.
“Eh, Am kamu bawa mama kamu turun.. Kat luar ni kan sejuk nanti makin sakit pulak mama kamu ni” sambil membantu anaknya mendudukkan isterinya yang tersayangnya itu di atas kerusi bersebelahan kerusinya.
“Alah abang ni, saya yang suruh Am bawa saya ke luar.. Saya bosan la bang duduk dalam bilik tu aje”

Beberapa minit kemudian pembantu rumahnya membawa dulang yang berisi air dan kuih – kuih untuk mereka tiga beranak pada petang itu. Ketika mereka menikmati minuman petang mereka, Dato Amri Hisyam telah menanyakan satu soalan kepada anak tunggal kesayangannya itu.

“Am,sudah 3 tahun kamu berkawan dengan Afiqa..keluarganya pun kita sudah kenal.. Jadi bila lagi kamu nak bertunang dengan Fiqa. Ke kamu hanya mahu berkawan saja dengan si Fiqa tu”
“Papa, kalau boleh sekarang juga Am nak pergi meminang Fiqa tu. Am sayangkan dia. Tapi ....” dia tidak menghabiskan ayatnya itu. Dia memandang ke arah mamanya.
“Abang.. Tak kan abang tak tahu yang mak abang tu nak jodohkan Am dengan si Awanis anak Datin Liza tu tapi Am kan nak pada Fiqa”.
“Hmmm.. Ni yang saya tak suka ni.. Saya pun tak faham la dengan mak tu,suka sangat nak jodohkan anak kita ni dari kecil lagi. Am ,papa rasa papa nak kamu bertunang dengan Fiqa tu secepat mungkin ye” Dato Amri Hisyam bercakap dengan nada yang serius.
“Ermm.. tapi pa...” Amar seperti serba salah.
“Tapi apa sayang? Pasal nenek kamu tu nanti mama uruskan.. Kamu ikut saja cakap papa kamu ni ya?” Datin Idawaty memandang tepat pada wajah anaknya itu dan dia tersenyum.
“Ma..pa.. sebenarnya Am dah ajak Afiqa untuk bertunang, tapi Afiqa tak mahu kalau nenek tidak merestui hubungan kami ni” nampak kesedihan pada wajah lelaki yang berusia 23 tahun itu.
“Hmmm... kalau dah macam tu jawapannya tak apa la.. Kita hanya boleh berdoa semoga Allah bukakan pintu hati nenek kamu tu untuk menerima Fiqa” papanya bercakap dengan nada yang sedikit hampa..

Suasana di villa besar itu terus menjadi sunyi.. Mungkin masing – masing memikirkan sesuatu..

Selesai solat subuh, Amar Idham mengemaskan beg pakaiannya.. Dia bercadang untuk pulang ke UMK pada pagi itu. Selesai berkemas dia berjalan menuju bilik mamanya. Pintu bilik mamanya diketuk dan terus dibuka. Dia menghampiri mamanya yang sedang berehat di atas katil.

“ Mama, Am nak balik dah hari ni. Banyak kuliah yang Am dah tinggal.
“Ye, tak apa la Am. Mama pun dah sihat ni. Am bawa kereta hati –hati ya sayang nanti dah sampai sana jangan lupa call mama tau. Kirim salam mama pada Fiqa ye” Datin Idawaty melemparkan senyuman kepada anak tunggalnya itu.
“Ye ma Insya-Allah,nanti Am bagi tahu Fiqa. Ok la mama,Am berangkat dulu ya. Mama jaga kesihatan baik – baik. Am sayang mama” sambil mencium tangan mamanya.
Datin Idawaty hanya tersenyum dan melihat anaknya berlalu pergi.

******************************
Selepas habis kuliah, Afiqa Ilyana dan Alya Umairah berjalan ke kafe untuk makan tengah hari. Sememangnya kafe penuh dengan pelajar-pelajar pada waktu begini. Mereka duduk di meja kafe tersebut sambil menjamah makanan.

“ Fiqa,aku nak tanya kau something boleh?” Alya memandang muka Afiqa.
Afiqa hanya mengangguk.
“Kau ada masalah ke. Sejak akhir-akhir ini aku tengok kau banyak menyendiri”dengan muka yang serius Alya bertanya.
“mana ada masalah.aku okey aje. Kau ni Lia ada-ada aje” Fiqa cuba senyum di depan kawannya itu tapi senyumannya hambar.senyuman yang hanya di buat-buat.
“Fiqa,aku bukan baru kenal kau. Aku kenal kau sudah 3 tahun. Kau seorang gadis yang nakal,suka usik kawan-kawan tapi sekarang kenapa kau ni macam pasif je?” bersungguh-sungguh Alya bercakap depan kawannya.
“ Ha..ha..ha..” Fiqa ketawa buat-buat.
“Aku ok la lia,cepat la makan kejap lagi kita ke libry ye. Banyak assignment aku yang tak buat lagi. Tension betul la” Fiqa memegang kepalanya.

Memang assignment dia banyak yang tidak disiapkan lagi. Sudah 3 hari dia tidak menyentuh kerja-kerja yang diberikan.

Dalam perjalanan ke libry Afiqa dan Alya terserempak dengan Awanis Balqis. Awanis memandang tajam ke arah Afiqa.

“ Eh, fiqa kau tengok si awanis tu pandang kita semacam je. Macam nak telan orang je aku tengok. Kita lalu tempat lain la Fiqa nanti si Awanis tu buat sawan dia pulak kalau lalu depan dia”.
”ish, tak baik la kau cakap macam tu kat dia. Jom je la. Kita kan tak ganggu hidup dia pun” sambil menarik tangan Alya.
“Aduh”
Fiqa jatuh ke lantai lalu memegang bahunya yang sakit. Buku – buku habis bertaburan. Alya terus membangunkan Afiqa. “ Eh, kau ni Anis apa masalah kau ha suka hati kau je langgar Fiqa”. Alya memarahi awanis. “0ps,sorry la. Aku tak sengaja la. Kawan kau ni lembik sangat. Baru langgar sikit dah jatuh tergolek – golek” Awanis gelak dengan nada yang gedik. “ Dah la lia,jom la kita ke libry” Fiqa terus berjalan meninggalkan Alya dah Awanis. Alya mengejar kawannya itu. Awanis hanya melihat mereka pergi dengan wajah yang tidak puas hati. “ jangan kau harap Amar akan jadi milik kau la Fiqa” Awanis berkata dalam hatinya.
***********************
Setibanya di libry, Afiqa terus duduk di meja dan membuat assignmentnya. Alya hanya memandang sahabat baiknya itu, yang sedang tekun menyiapkan assignmentnya. Alya ingin bertanya sesuatu kepada afiqa,tetapi dia takut pertanyaan dia akan mengganggu emosi kawannya itu.
“ Ehem” Alya memecahkan kesunyian antara mereka. “Fiqa” dengan nada yang perlahan Alya memanggil Afiqa.
“Ya” sambil mengangkat mukanya memandang Alya.
“Aku nak tanya kau something boleh?”sambil memutarkan pen yang ada ditangannya.
“Tanya la” Afiqah memandang tepat pada mata Alya.
“Erm mana Amar ya? Dah lama aku tak nampak dia” Alya melemparkansenyuman kepada Afiqa.
“Owh. Am balik penang. Mamanya excident. So dia balik jaga mama dia la. Hari ni dia dah bertolak balik sini” Afiqa terus menyambung kerjanya.
“Erm fiqa...kenapa aku tengok si Awanis tu benci sangat dekat kau? Dari mula – mula kita kenal dia sampai lah sekarang dia tu benci sangat dekat kau. Korang berdua ada problem ke? Alya memandang muka kawannya. Menantikan jawapan keluar dari mulut kawannya itu.
Afiqah meletakkan pen yang dipegangnya. Afiqah seperti berat untuk berkata – kata. Bagaikan ada emas didalam mulutnya itu.
“Lia, nanti malam aku cerita pada kau ya kenapa aku dan anis seperti anjing dan kucing” dengan muka yang sedih Afiqa cuba juga untuk tersenyum.
“Malam nanti? Kau janji ya bagi tahu aku. Erm seperti anjing dan kucing? Boleh aku tahu siapa anjing dan siapa kucing?” Alya cuba membuat lawak.
“Ish kau ni,tanya macam tu pulak” Afiqa tersenyum dan cuba menyubit lengan Alya. Tetapi Alya sempat mengelak.
****************************
Pada malam itu hujan renyai – renyai. Afiqa masih dengan assignmentnya. Alya membawa dua gelas air dan duduk di sebelah hadapan afiqa. Air yang dibawa diletakkan di atas meja.
“Erm sedap juga ya kau buat air. Aku ingatkan kau tak pandai nak buat air sesedap ni. Kau ni buatkan aku air ni mesti kau nak bodek aku kan” Afiqa mengangkat keningnya.
“Eh kau ni fiqa,aku ikhlas la buatkan air untuk kau. Sampai hati kau cakap macam tu kat aku” Alya membuat muka sedihnya itu.
“Dah-dah tak payah buat muka sedih kau tu” sambil mencubit pipi Alya. Alya mengaduh kesakitan.
“Fiqa...kau cakap malam ni nak cerita pasal kau dengan si Anis tu” Alya memandang muka Afiqa dengan muka yang mengharap.
Air muka Afiqa terus berubah menjadi sedih. Tetapi dia tetap cuba menyembunyikan semua kesedihannya itu.
“ Erm..sebenarnya Awanis tu anak kawan mama Amar.. Jadi mereka sudah kenal sejak kecil lagi”.
“Owh..so, apa yang tak kenanya? Just anak kawan mamanya kan..Bukannya bini si Amar tu” Alya bercakap dengan nada yang sedikit over.
“Awanis tu sukakan Amar,dia cakap aku tak kan dapat merampas Amar dari dia”.
“Merampas?” dengan nada yang terkejut.
“Am pernah bercinta dengan si gedik tu ke?.. kau rampas Am dari dia?.. Kau rampas Am dari dia?.. Aku tak percayalah Am sukakan budak gedik macam Anis tu..Am kan sukakan perempuan melayu terakhir macam kau ni” Alya membuat gaya perempuan yang sopan.
Afiqa tergelak melihat kawannya itu.
“ Kau ni..Aku tak habis cakap lagi kau dah mencelah.. Aku tak rampas Am dari dia.. Am tak pernah pun bercinta dengan dia”.
“Owh... Si gedik tu syok sendiri lah ya?..Ha..ha..ha...” Alya gelak sakan.
“Kau ni suka sangat potong cakap aku” Afiqa berkata dengan nada yang di buat – buat marah.
“He.. he..he.. Sorry dear” sambil mengenyitkan mata.
“ Kau takut Am jatuh cinta dengan si Anis tu ya?.. Kau jangan risau la..Si Am tu tak akan termakan dengan godaan si gedik tu.. Dia cair dengan godaan kau saja” Alya gelak dengan kuatnya.
“Owh..Kau cakap aku ni goda Am ya?” satu cubitan hinggap di lengan Alya..Alya menjerit mengaduh kesakitan.
“ Sakit la Fiqa...Aku gurau je lah..Aku tahu kau tak suka goda – goda orang ni kan..Ha..ha..ha..”
“Fiqa..Am kan sayang dekat kau..Tapi kenapa kau asyik muram je?..Dia takkan terpikat la dekat si gedik tu”
“Memanglah dia sayangkan aku..Tapi.....” suara Afiqa tersekat di kerongkong.
“Tapi apa?”
“Nenek Am tak suka aku..Dia nak Am kahwin dengan Anis” air muka Afiqa tiba – tiba berubah dan air matanya menitis.
Dengan pantas Alya memeluk kawannya itu..
************************
Selasai solat subuh, seperti biasa Afiqa membaca al – Quran. Selesai membaca al – Quran, Afiqa membuka laptopnya untuk menyiapkan assignment. Dia berasa sangat tenang, mungkin kerana dia sudah melepaskan apa yang di pendamkan selama ini kepada Alya semalam. Betullah kata orang, kita akan berasa lega jika kita berkongsi masalah dengan orang lain. Tapi ingat, berkongsilah dengan orang yang boleh kita percaya. Afiqa berhenti membuat assignmentnya. Dia menutup laptop apabila perutnya sudah pun meminta untuk diisi. Tiba – tiba handsetnya berbunyi.
“Assalamualaikum abang....” Dia memberi salam sebaik saja menjawab panggilan.
“Waalaikumussalam... Fiqa di mana ni?”
“Fiqa dekat rumahlah... Abang buat apa ni?”
“ Abang tengah buat assignment. Banyak yang tertinggal sebab cuti balik penang hati tu”.
“Owh. Abang siapkan lah dulu”
“Ye.. Fiqa sihat ke?..Hmmm..sorry la dah lama abang tak jumpa Fiqa..Call pun jarang..Sorry ya sayang”.
“Tak apa abang..Fiqa faham..Okeylah..Abang belajar rajin – rajin tau nanti abah mesti bangga dapat bakal menantu yang pandai ni” usik Afiqa.
“Iya..Kenalah belajar rajin – rajin, biar dapat kerja bagus.. Kalau tak ada kerja bagus macam mana nak meminang Fiqa” Terdengar gelak tawa Amar yang suka berseloroh. Afiqa turut ketawa.
“Okeylah sayang, nanti free kita jumpa ya..Assalamualaikum”.
“waalaikumussalam”.
*******************************
Dua minggu kemudian, Amar mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama kekasih tercintanya itu. Amar dan Afiqa keluar bersama. Setelah penat berjalan mereka singgah di kedai makan untuk makan tengah hari. Mereka telah mengambil tempat duduk di penjuru kedai makan itu.
“Abang dan akak nak makan apa?” Tanya salah seorang pelayan kedai makan itu.
“Erm..bagi milo ais dua”.
“Fiqa nak makan apa?”
“Fiqa nak makan mi Tom Yam”.
“Dik bagi Mi Tom Yam dua ya”.
“Milo ais dua, Mi Tom Yam 2 ye bang?” Pelayan itu menanyakan sekali lagi.
Amar hanya mengangguk.
“Fiqa..Dah lamakan kita tak keluar makan sama – sama macam ni..Dekat sebulan lebih dah kot abang rasa” Amar memandang muka Fiqa.
“Yela bang..Dah lamakan..Nak buat macam mana masing –masing busy je” Afiqa melemparkan senyuman yang manis. Mereka berpandangan.
Beberapa minit kemudian,makanan yang dipesan telah pun sampai. Mereka menikmati makanan tersebut dengan penuh selera. Kedai makan tersebut sememangnya terkenal dengan kesedapan Mi Tom Yam nya.
“Hai Am..” Tiba – tiba kedengaran sura perempuan menyapa Amar. Amar dan Afiqa berhenti makan.
“Erm.. Boleh I join you all?” Tanpa dipelawa duduk Awanis terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Amar. Awanis sempat mengenyitkan mata kepada Amar. Afiqa hanya melihat perbuatan Awanis itu. Amar tidak selesa dengan kelakuan Awanis.
“Fiqa..Cepatlah habiskan mi tu..Sekejap lagi kitakan nak pergi beli barang”.
“Erm..Fiqa dah kenyang”.
Amar memanggil pelayan dan membayar harga makanan tersebut.
“Jom Fiqa”.
“Eh, nantilah dulu” Awanis memegang lengan Amar.
Amar ingin melepaskan pegangan tangan Awanis tetapi semakin kemas pegangan tangan Awanis. Afiqa yang berada di situ hanya diam tanpa bicara.
“You duduk lah dulu..Temankan I makan” Awanis berkata manja.
“Sorry..I ada hal..You makan lah sorang”.
Tiba –tiba telefon Amar berbunyi.
“Assalamualaikum papa” Dia memberi salam sebaik sahaja menjawab panggilan.
“Waalaikumussalam...Am,papa nak bagi tahu yang nenek Am sakit”.
“Apa?..Nenek sakit?” Amar terkejut.
“Am balik lah ya..Nenek nak jumpa dengan Am”.
“Ye pa..Am akan balik”.
“Okey” Papanya memutuskan talian.
Afiqa dan Awanis memandang ke arah Am.
“Fiqa, nenek sakit...abang kene balik penang sekarang” Amar memandang Fiqa.
“Fiqa nak ikut abang balik”.
“Eh..Yang kau nak ikut kenapa?..Nenek tu bukan sukakan kau pun..Nanti makin sakit orang tua tu bila tengok kau..Am..I nak ikut you balik” sambil menggoncangkan lengan Amar.
Amar hanya membisu dan terus menarik Fiqa keluar dari kedai makan itu meninggalkan Awanis.
“Am..Am..Arghhh..” Awanis menjerit seperti orang gila.. semua orang yang berada di kedai itu memandang ke arahnya. Awanis terus keluar dari kedai tersebut.
*******************************
Amar memandu pancuan empat rodanya dengan berhati – hati. Selepas beberapa jam memandu mereka sampai di villa Dato Amri Hisyam. Kepulangan mereka disambut oleh Datin Idawaty dan Dato Amri Hisyam.
“Assalamualaikum auntie..uncle..” Fiqa memberikan salam sebaik saja berdepan dengan mama dan papa Amar. Salam Fiqa disambut.
“Auntie apa khabar?” Sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Khabar baik Fiqa” Datin Idawaty memeluk Afiqa.
“Uncle sihat?”
Dato Amri Hisyam hanya mengangguk dam melemparkan senyuman.
“Eh, jemputlah masuk..Awak ni waty takkan nak biarkan mereka berdiri di luar saja”
“Yela bang..jemput la masuk Fiqa..Jangan malu – malu ya..Buat saja macam rumah sendiri”.
Amar dan Afiqa melangkah masuk ke dalam villa itu.

Beberapa jam kemudian mereka bersiap untuk pulang ke kampung. Perjalanan ke kampung hanya mengambil masa selama satu jam lebih sahaja kerana rumah nenek Amar juga terletak disekitar Pulau Pinang. Setelah sampai, kehadiran mereka disambut oleh sanak saudara yang ada.
“Eh mak su dengan pak su dah sampai” Jawab salah seorang daripada sepupu Amar.
Amar merupakan cucu lelaki tunggal bagi keluarga itu.
“Ni mesti Afiqa kan.. Girlfriendnya si Amar..Erm..Cantik orangnya” Kak Ida merangkap kakak sepupu Amar meneka.
Afiqa hanya mengangguk dan tersenyum. Mungkin dia masih berasa malu kerana ini adalah kali pertama bertemu dengan sanak saudara keluarga Amar.
“Fiqa..Jom kita tengok nenek diatas” Ajak Datin Idawaty.
Afiqa hanya mengikut belakang Datin Idawaty. Amar dan Dato Amri Hisyam juga mengikut dari belakang. Sampai saja di depan pintu bilik Puan Kalsom iaitu nenek Amar, Datin Idawaty terus mengetuk dan memulas tombol pintu bilik itu. Mereka bersalaman. Tibanya giliran Afiqa untuk bersalam, Amar memperkenalkan Afiqa kepada neneknya.
“Nek.. Inilah Afiqa”
Afiqa tersenyum kepada Puan Kalsom dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Puan Kalsom menyambut huluran tangan Afiqa.
“Am..Mana Awanis?..Kamu tak bawa dia balik ke?” Tanya neneknya.
“Erm..Tak nek..Am balik dengan Fiqa je”.
Puan Kalsom memandang kepada Afiqa dan menjeling.

Keesokkan harinya, selesai solat subuh Afiqa turun ke dapur rumah Puan Kalsom.
“Assalamualaikum auntie..Selamat pagi” Sambil mencium tangan Datin Idawaty.
“Waalaikumussalam..Awal Fiqa bangun”.
“Fiqa nak buatkan bubur nasi untuk nenek la auntie”.
“Owh..Fiqa..Fiqa jangan ambil hati ya kalau nenek tak layan Fiqa dengan baik..Nenek tak biasa lagi tu”.
Afiqa hanya mengangguk. Kemudiannya dia menolong Datin Idawaty menyiapkan sarapan dan membuatkan bubur nasi untuk Puan Kalsom. Selesai memasak, Afiqa membawa dulang yang berisi air dan bubur nasi kepada Puan Kalsom. Pintu bilik Puan Kalsom diketuk dan dibuka.
“Nek..Fiqa bawakan bubur nasi .. Nenek makan la sikit ya” Fiqa ingin menyuap bubur nasi itu kepada Puan Kalsom tapi malangnya Puan Kalsom menolak mangkuk yang berada di tangan Afiqa. Habis bertaburan nasi dan serpihan kaca mangkuk tersebut di lantai.
“Kau tak payah nak jaga aku lah..Aku tak sukakan kau..Aku tak suka kau kahwin dengan cucu aku..” Puan Kalsom menengking Afiqa.
Amar yang berada dibilik sebelah bergegas menuju ke bilik neneknya setelah terdengar bunyi bising. Ketika dia masuk, dia melihat Afiqa sedang mengutip serpihan kaca dan nasi yang bertaburan sambil menangis.
“Kenapa ni Fiqa?” Amar bertanya.
Afiqa hanya membisu.
“Nek..kenapa buat Fiqa macam ni?..Am tahu nenek tak sukakan Fiqa tapi nenek mesti belajar menerima Afiqa nek..”
“Am..Nenek nak Am kahwin dengan Awanis..Bukannya dengan perempuan kampung ni”
Air mata Afiqa semakin laju menuruni pipinya. Dia terus keluar setelah siap mengemas serpihan kaca dan nasi yang bertabur itu. Amar hanya melihat Afiqa keluar dari bilik neneknya.
“Nek..Walau apa pun terjadi Am tetap sayangkan Fiqa nek..Dia cinta terakhir Am..Tak akan ada wanita yang dapat mencuri hati Am ni lagi nek” Air mata Amar hampir mengalir.
Amar terus bagun dari katil neneknya dan keluar dari bilik itu. Amar pergi mendapatkan Afiqa yang berada di halaman rumah.
“Fiqa..” Amar memanggil Afiqa.
Dengan pantas afiqa mengelap air matanya setelah mendengar suara Amar.
“Ya bang..” segaris senyuman dilemparkan.
“Abang mintak maaf dengan apa yang terjadi tadi” Dengan suara yang agak kesal.
“Eh.. Tak apa la bang..Biasalah orang tua..” Afiqa cuba menyembunyikan kesedihannya.
“Fiqa terasa hati dengan nenek?”.
“Erm..Tak lah bang..Fiqa akan tetap jaga nenek abang walaupun dia tak sukakan Fiqa”.
Mereka saling membalas senyuman.
***************************

Sudah tiga hari Afiqa berada di banglo Puan Kalsom. Selama tiga hari itulah dia menjaga makan minum Puan Kalsom tetapi Puan kalsom masih lagi tidak boleh menerima Afiqa sebagai bakal isteri kepada cucu lelaki tunggalnya itu.
“Tuk..tuk..tuk..” Afiqa mengetuk pintu bilik Puan Kalsom dan membuka pintu. Di tangannya terdapat dulang yang berisi makanan. Pada masa yang sama Awanis juga berada di dalam bilik Puan Kalsom.
“Nek..Fiqa ada bawakan sup untuk nenek..Mari nek Fiqa suapkan..”
Puan Kalsom memalingkan mukanya kearah lain.
“Nenek tu tak suka kau.. Sini sup tu biar aku yang suapkan” Awanis mengambil mangkuk sup dari tangan Afiqa.
“Nek..Nek makan ni ya..” Awanis menyuap sup ke mulut Puan Kalsom.
Puan Kalsom makan dengan berselera sekali. Afiqa hanya memerhatikan kemesraan mereka berdua. Di dalam hatinya dia ingin merasakan kemesraan itu.
Beberapa minit kemudian Amar masuk ke dalam bilik neneknya. Awanis yang melihat Amar terus meletakkan mangkuk sup di atas meja dan terus mendapatkan Amar. Afiqa masih lagi diam dan memerhati.
“Hai Am..I rindu you la..” Sambil memegang tangan Amar.
“Erm..Bila you sampai?” Amar cuba melepaskan pegangan itu.
“Dah lama I sampai..You pergi mana?..I cari you tadi tau” Awanis meletakkan kepalanya di bahu Amar.
Tiba – tiba nenek bersuara.
“Anis..Nenek nak air..”
Awanis tidak mengendahkan permintaan Puan Kalsom.
“Eh Anis..You tak dengar ke nenek mintak air” Amar ingin pergi mendekati neneknya tetapi Awanis menghalang.
“Ala..Nenek you tu boleh ambil air sendiri la..Am jom temankan I shopping” sambil memeluk pinggang Amar.
Afiqa terkejut dengan aksi gedik yang dilakukan oleh Awanis itu. Dia terus memandang ke arah lain. Mungkin didalam hatinya dia berasa sangat sedih dan marah. Fiqa menghampiri nenek dan ingin memberikan air yang diminta oleh nenek.
“Nek..Ni airnya nek”.
“Aku nak Awanis yang bagi air tu bukan kau” sambil menolak gelas air. Gelas air itu jatuh dan berkecai. Am terus mendapatkan Afiqa.
“Eee..Orang tua ni dah nak mati pun mengada – ngada lagi” Tiba – tiba Awanis menengking Puan Kalsom. Amar yang sedang menolong Afiqa membersihkan serpihan kaca itu terus bangun dan menampar pipi Awanis. Awanis melawan dan menjerit. Dengan tiba – tiba nenek Puan Kalsom diserang sakit jantung. Afiqa mendapatkan Puan Kalsom dan dadanya diurut.
“Hey perempuan! Kau tak payah tunjuk baik dekat sini la” Awanis menolak Afiqa.
Tiba – tiba kaki Afiqa terpijak serpihan kaca yang dikumpulkan. Afiqah terduduk. Awanis terus berlari keluar dari rumah itu ,dan terus memandu pancuan empat rodanya dengan laju.
****************************

Puan Kalsom di masukkan ke Hospital Pulau Pinang. Setelah beberapa jam kemudian Puan Kalsom tersedar dari tidurnya. Dia melihat Afiqa tertidur disisinya. Ternyata Afiqa menjaganya dengan baik selama ini walaupun dia tidak pernah melayan Afiqa dengan baik. Dia menggosok kepala Afiqa. Air matanya mengalir.5 minit selepas itu Afiqa tersedar dari tidurnya.
“Nek..kenapa nenek menangis ni?” Sambil menyapu air mata yang jatuh ke pipi Puan Kalsom.
“Fiqa..nenek minta maaf ya..nenek tak pernah layan fiqa dengan baik..maafkan nenek ya..” Air matanya semakin laju menuruni pipi..
Afiqa hanya mengangguk dan memeluk Puan Kalsom.
Setelah seminggu berada di hospital. Puan kalsom dibenarkan pulang.
**********************
Dua bulan kemudian Amar dan Afiqa di tunangkan.
“Fiqa..Ni mama Amar nak sarungkan cincin” Puan Aziah iaitu mama Afiqa memberitahu.
Afiqa hanya mengangguk.
“Cantik bakal menantu mama ni” puji Datin Idawaty.
Datin Idawaty menyarungkan cincin ke jari Afiqa.. Afiqa mencium tangan bakal mama mertuanya itu.. Kini Afiqa bergelar sebagai tunang Amar.

6 ulasan: